SHEEP PLACENTA + VITAMIN E halal atau tak?


Persoalan : Apakah hukum sebenar pemakaian plasenta biri biri secara luaran? "


JAWAPAN:Assalamualaikum, persoalan ini sebenarnya persoalan yang mudah. Pertamanya kita perlu mengetahui Qawaid Fiqhiyyah tentang kaedah mengistinbat hukum. Menurut Qawaid Fiqhiyyah: "Segala hal mu'amalah (urusan harian) hukum asalnya adalah mubah melainkan ada dalil yang mengharamkannya" .Qawaid Fiqhiyyah ini diterbitkan dari hadith Rasulullah berbunyi berikut: Rasulullah saw. bersabda: Segala yang tidak ditegah (dalil jelas) itu tergolong dalam hal-hal yang dibolehkan-Nya. (Shahih al-Jami ash-Shaghir, hadits no. 3190) Namun agak kecewa kerana Qawaid Fiqhiyyah yang difahami oleh orang awam ialah semua benda haram kecuali ada dalil membolehkannya. Adakah boleh kita memakan karipap kerana tiada dalil menghalalkannya? Oleh kerana plasenta biri-biri tidak terdapat dalil yang mengharamkannya UNTUK DIPAKAI DI BADAN (BUKAN MEMAKANNYA BAGI YANG TIDAK DISEMBELIH), maka ia kekal kepada hukum asalnya iaitu harus/mubah. Sebenarnya tidak timbul masalah haiwan itu disembelih atau tidak kerana jika dari bangkai pun kita boleh memanfaatkan tulang atau lemaknya (tidak dimakan). Dalilnya seperti berikut: Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan, bahwa salah seorang hamba Maimunah yang telah dimerdekakan (maulah) pernah diberi hadiah seekor kambing, kemudian kambing itu mati dan secara kebetulan Rasulullah berjalan melihat bangkai kambing tersebut, maka bersabdalah beliau: "Mengapa tidak kamu ambil kulitnya, kemudian kamu samak dan memanfaatkan?" Para sahabat menjawab: "Itu kan bangkai!" Maka jawab Rasulullah: "Yang diharamkan itu HANYALAH MEMAKANNYA." (Riwayat Jama'ah, kecuali Ibnu Majah) Dan diriwayatkan pula, bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Kulit apa saja kalau sudah disamak, maka sungguh menjadi suci/bersih." (Riwayat Muslim) Kulit yang disebut dalam hadis-hadis ini adalah umum, meliputi kulit anjing dan kulit babi. Yang berpendapat demikian ialah madzhab Dhahiri, Abu Yusuf dan diperkuat oleh Imam Syaukani. Kata Saudah Umul Mu'minin: "Kami mempunyai kambing, kemudian kambing itu mati, lantas kami samak kulitnya dan kami pakai untuk menyimpan korma supaya menjadi manis, dan akhirnya kami jadikan suatu girbah (suatu tempat yang terbuat dari kulit binatang yang biasa dipakai oleh orang Arab zaman dahulu untuk mengambil air dan sebagainya)." (Riwayat Bukhari). 

Kesimpulannya, tiada masalah menggunakan plasenta biri-biri selagimana biri-biri tersebut diuruskan menurut Islam. Sila rujuk jawapan JAKIM di sini:[url]http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/92be69fae3f225c0482567f1005a8e7b/43c8c9714415ca8748257487003bbea6?OpenDocument&Highlight=0%2CPlasenta%5B%2Furl%5D FAQ:PLACENTA OIL VITAMIN E SOFTGEL

Cara pemakaian :

1.Cuci muka bersih2.2.Pakai toner.3.Sapu Vit E ni ke seluruh muka dan leher.4.Pelembap dan sunblock.5.Make-up seperti biasa.

INI HANYALAH UNTUK KEGUNAAN LUARAN SAHAJA YE..bukan untuk di makan. 

Kebaikan: 

1) Mempercepatkan penghasilan semula tisu-tisu dermis, menegangkan dan melembutkan kulit, serta mengurangkan kedutan halus

2) Menghubungkan bahan-bahan aktif ke dalam kulit untuk melindungi membran tisu bersel daripada radikal bebas yang menggalakan kerosakan dan pada ketika yang sama memberikan kelembapan yang optimum.

3) Mempercepatkan penjanaan semula sel-sel kulit baru, menjadikan kulit halus mulus dengan seri semulajadi.

4) Mempertingkatkan tekstur kulit dalam tempoh beberapa minit sahaja. Malah penyerapan yang amat pantas.

Bentuk dia macam kapsul je,cemana nk sapu oilnya?1.Mula-mula,potong hujung softgel tu.2.Pastu,picit keluar semua minyak dalam softgel tu ke atas tapak tangan.3.Then,sapu di seluruh wajah dan leher. (if ada parut2 bekas chicken pox ke,or parut2 lama yg nk hilangkan kt bahagian badan,boleh cuba sapu jugak.tp make sure dh cuci bersih2 baru sapu ye.)

 For  optimum effect, sapu la dalam turutan menaik dan dari dalam ke luar muka.(Macam teknik biasa  pakai pelembap muka tu.) Lagipun produk ni boleh menanjalkan kulit kan.

Sila simpan di tempat yang kering pada suhu bilik. Jika letak kt tempat panas, softgel ni boleh jadi lembut dan melekat2. Tapi still ok since kita nk pakai minyak kt dalam je kan.

Pregnant womans boleh pakai x?Produk ini sesuai untuk semua jenis kulit dan disebabkan pemakaiannya sekadar sapu sahaja,tidak mendatangkan masalah kepada wanita mengandung.

Berapa lama kita boleh nampak keberkesanannya?Kebiasaannya seminggu. Tetapi kulit terasa lembut dan licin pada kadar serta merta.Bangun pagi2,muka terasa segar dan ringan.Menjelang ke petang,muka kurg berminyak dan tiada rasa melekit2.Kulit makin sekata dan parut2 memang berkurangan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rahsia kecantikan dan kesihatan dengan pure marine collagen



Kelebihan dan khasiat Pure Marine Kolagen
Terkenal untuk kecantikan kulit dan ubat diet 100% semula jadi
Dikenali sebagai “Sarang Burung Laut” oleh masyarakat cina
Melancarkan kitaran darah
Mencantikkan kulit agar lebih putih dan tegang
Melambatkan penuaan dan melansingkan badan
Iodine yang terdapat di dalamnya mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah masalah Goitre (kelenjar Thyroid membengkak)
Cara Basuh Dan Penggunaannya
Basuh kolagen mentah, ramas-ramas seperti basuh beras sebanyak 5-6 kali
Rendam collagen  mentah yang telah dibasuh dengan asam jawa @limau @lemon,  semalaman atau 2 hari.
Dalam tempoh merendam, kerap tukar air..kemudian buang air rendaman tadi dan basuh sekali lagi 5-6 kali dan toskan
Campur sekitar 100gram (satu peket yg saya jual) collagen mentah dengan 2 liter air kosong yang dah masak untuk direbus
Rebus dengan api perlahan (tidak melebihi suhu  60 celcius ) dalam 30-45 minit. Kacau hingga hancur
Boleh juga dicampurkan dengan esen vanila@daun pandan. Dah hancur (ada balance skit2) masukkan  rumpai laut dalam bekas2 tuperware, untuk disimpan dalam peti sejuk. Biar keras macam agar2..makan pada waktu perut kosong, iaitu waktu bangun pagi  1 jam sblm breakfast dan malam sebelum tido.
Cara Membuat Masker Pure Marine Collagen (Pernah disiarkan dalam rancangan Nona di TV3 20 mei 2012)
Selepas collagen direbus, letak dalam bekas2, kalau nak tambah perasa masa ni pun boleh..kacau rata2..klu nak buat masker jgn letak perisa, tp limau/lemon x pe...
Bersihkan muka terlebih dahulu
Sapukan pada muka dan leher (rasa sejuk & lembab)
Tunggu hingga masker kering atau dalam 30 minit
Basuh muka dengan air suam sehingga bersih
Bersihkan muka. Anda akan rasa kulit lembab, gebu, cerah & tegang walaupun dengan pemakaian masker yang pertama kali
Cara Membuat Minuman Dari Pure Marine Collagen
Campurkan 2 ke 3 sudu besar pati pure collgen yang dibuat tadi bersama jus oren.
Khasiatnya 10 kali ganda tinggi dari sirip yu (satu mangkuk kecil RM 300)
Khasiatnya sama dengan sarang burung layang-layang (RM 400 hingga Ribuan)
24% kologen ini bersamaan 2 keping sarang burung layang-layang.Boleh bertahan sehingga 3 ke 4 minggu

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cara membuat masker dengan pure marine collagen


Cara membuat masker dengan pure marine collagen

Cara membuat Masker Muka:
Cuci bersih wajah dengan pencuci muka dan bilas. Lebih elok jika wajah diwapkan selama 10-15 minit bagi membuka liang-liang pori kulit, kemudian baru disapu gel kolagen ini diserata wajah dan leher. Biar ia kering sebelum dibersihkan atauboleh dibawa tidur semalaman sebelum dicuci. Ia pantas menyerap, tidak melekit atau berbau. Hasilnya, Pori-pori wajah lebih halus, lembut, anjal dan cerah. Amalkan selalu untuk mendapat wajah yang lebih menawan.

Masker Untuk Kulit Berminyak:
Sebatian gel kolagen bersama sebiji tomato ranum yang dibuang biji dan kulit serta leyek halus. campuran ini kemudiannya disapu pada wajah dan leher serta dibiarkan kering selama 20-25 minit sebelum dibersihkan. Ia mampu mengimbangi pengeluran minyak berlebihan selain menjadikan kulit lebih halus dan bersih.

Masker Untuk Kulit Normal:
Campuran madu bersama gel kolagen ini dan sapu wajah dan leher serta dibiarkan kering selama 20-25 minit sebelum dibersihkan. Ia mampu membuatkan kulit tampak lebih berseri, segar dan bercahaya.

Masker Untuk Kulit Kering:
Campuran gel kolagen ini dengan susu tepung atau jus lemon dan sapu wajah dan leher serta dibiarkan kering selama 20-25 minit sebelum dibersihkan. Ia akan membuatkan kulit tampak lebih muda, melambatkan penuaan dan melembabkan kulit

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS